DUNIA

Indonesia: Pulau Komodo akan ditutup pada 2020

19/07/2019 05:39 PM

JAKARTA, 19 Julai (Bernama) -- Destinasi pelancongan popular Pulau Komodo akan ditutup mulai awal tahun 2020, lapor agensi berita Anadolu, memetik agensi pelancongan Nusa Tenggara Timur pada Khamis.

Mengikut perancangan ia akan ditutup selama setahun untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi memastikan keindahan semula jadi pulau itu terus terpelihara.

Perkara itu telah mendapat persetujuan Presiden Indonesia Joko Widodo selepas beliau melawat pulau berkenaan.

Anggaran kos baik pulih sebanyak 100 bilion rupiah (US$7 juta).

Bagaimanapun, cadangan itu menerima bantahan penduduk setempat. Pulau Komodo merupakan antara 12 pusat pelancongan marin terbesar di Indonesia.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan