LONDON, 20 Julai (Bernama) -- Setiausaha Luar Britain Jeremy Hunt memberi amaran pada lewat Jumaat bahawa akibat buruk akan berlaku jika tindakan Iran merampas kapal tangki minyak milik negara itu tidak diselesaikan secepat mungkin, lapor agensi berita China Xinhua.
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran pada Jumaat merampas kapal tangki minyak Stena Impero di Selat Hormuz selepas mendakwa "ia gagal menghormati peraturan maritim antarabangsa ketika melewati kawasan itu."
"Kami tidak melihat kepada pilihan ketenteraan, kami melihat kepada kaedah diplomatik untuk menyelesaikan situasi ini, namun kami amat jelas bahawa ia perlu diselesaikan," kata Hunt dalam satu bual dengan Sky News.
Hunt menuntut agar Stena Impero, yang dalam perjalanan ke Arab Saudi, dilepaskan.
Awal bulan ini, Marin Diraja Britain merampas sebuah kapal Iran di Selat Gibraltar, yang didakwa menuju ke Syria "dan melanggar sekatan EU."
Iran telah mengancam untuk bertindak balas jika London tidak melepaskan kapal tangki minyak Iran itu, yang masih dalam tahanan Britain.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial