SHAH ALAM, 24 Julai (Bernama) -- Kawasan Kuala Lumpur dan Kuala Langat yang mengalami gangguan bekalan air ekoran pencemaran diesel di Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya setakat pukul 6 petang tadi.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata pemulihan air di dua kawasan itu menjadikan keseluruhan lima kawasan telah pulih daripada gangguan air sepenuhnya setakat ini.
"Manakala kawasan Klang, Shah Alam dan Petaling mencapai tahap pemulihan 99 peratus.
"Pihak kami menyasarkan pemulihan keseluruhan kawasan pada Jumaat ini pada pukul 9 pagi," katanya dalam kenyataan di sini.
Pada Ahad lepas, pencemaran diesel di Sungai Selangor mengakibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Panjang dekat sini terpaksa dihenti tugas yang mana menyebabkan gangguan bekalan air terhadap 1,191,942 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial