AM

MBM harap lawatan Dr Mahathir ke Turki bantu perkukuh hubungan

30/07/2019 08:53 PM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap hubungan Malaysia-Turki terus diperkukuh melalui hubungan antara Kerajaan dengan Kerajaan, Swasta dengan Swasta, NGO dengan NGO dan entiti Belia dengan Belia. 

Presidennya Jufitri Joha dalam kenyataan media di sini hari ini berkata lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Turki baru-baru ini sudah pasti membantu meningkatkan hubungan dua hala.

Jufitri mengalu-alukan syarikat Turki yang berminat untuk bekerjasama dengan rakan dagang di Malaysia seperti yang ditegaskan Dr Mahathir kerana ini akan memberi peluang kepada Malaysia untuk melonjak dalam industri aeroangkasa dan pertahanan.

MBM juga berminat untuk bekerjasama dengan rakan sejawat dari Turki, Islamic Cooperation of Youth Forum (ICYF) berpangkalan di Istanbul, katanya.

Dr Mahathir semasa lawatan rasmi empat hari ke Turki ketika bertemu Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan telah mengumumkan kerjasama tiga negara antara Malaysia, Turki dan Pakistan untuk mengembalikan kekuatan serta membina semula Tamadun Dunia Islam. 

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan