AirAsia akan naik taraf pautan WiFi dalam pesawat [ 9m ago ]

Tuanku Zara serikan sambutan Hari Harimau Sedunia

Tarikh kemaskini: 03/08/2019
GERIK, 3 Ogos (Bernama) -- Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Sambutan Hari Harimau Sedunia yang diadakan di Taman Inai di sini hari ini.

Tuanku Zara berangkat tiba di perkarangan taman berkenaan pada kira-kira 9.30 pagi diiringi Pengurus Besar Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) Mohamed Shah Redza Hussein.

Turut berangkat, Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah, Raja Kecil Besar Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Puteri Sultan Perak Raja Nazira Safya.

Tuanku Zara turut berkenan menyaksikan persembahan ‘Tiger Dance’ dan penyerahan buku 'Orang Asli Jahai of Royal Belum' serta penyerahan cek daripada Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (RIMAU) kepada PTNPk bagi Program Pasukan Penguat Kuasa Hutan Orang Asli Royal Belum.

Sejurus selepas perasmian, baginda berkenan melawat pameran lukisan mural dan Pameran Harimau Malaya, PTNPk dan RIMAU.

Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar Hulu Perak tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies serta habitat harimau yang terdapat di seluruh negara khususnya di Taman Negeri Royal Belum.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu