AM

Tangguhkan lawatan tidak perlu ke Jammu dan Kashmir - Wisma Putra

06/08/2019 08:19 PM

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang terjejas di Jammu dan Kashmir.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata  nasihat itu dikeluarkan ekoran keadaan semasa.

Menurut Wisma Putra lagi, Malaysia sedang memantau keadaan di Jammu dan Kashmir kerana negara ini mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan India dan Pakistan.

“Malaysia menggalakkan kedua-dua negara berjiran itu untuk berinterasksi semula dalam dialog dan rundingan bagi  mengurangkan ketegangan yang berlaku dan mencari penyelesaian yang baik,” tambah kenyataan itu.

Dilaporkan bahawa pihak berkuasa India pada Jumaat memberitahu pelancong  supaya   meninggalkan  Kashmir kerana 'ancaman keganasan', manakala  laporan media menyatakan  25,000 ketumbukan tentera telah dihantar ke wilayah Himalaya yang bergolak itu.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan, boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, 110021 New Delhi atau hubungi +911124159300 dan +919319150306 (selepas waktu bekerja). "Alamat e-mel Suruhanjaya Tinggi ialah  mwdelhi@kln.gov.my," menurut  kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan