ALOR GAJAH, 9 Ogos (Bernama) -- Enam maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah treler di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah di sini, malam ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, dalam satu kenyataan, kemalangan berlaku kira-kira jam 9 malam itu membabitkan kereta Isuzu D’max, Mitsubishi Triton dan sebuah treler.
Jurucakap JBPM Melaka berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.10 malam tadi dan 14 anggota melibatkan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah beregas ke lokasi kejadian sebelum tiba kira-kira 24 minit kemudian.
Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan terlibat masih sedang dilakukan, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial