TUMPAT, 16 Ogos (Bernama) -- Perpaduan yang terjalin antara masyarakat berketurunan Siam dengan masyarakat Melayu di Kelantan sejak sekian lama boleh dijadikan sebagai wadah untuk menarik pelancong ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammaddin Ketapi.
Beliau berkata jalinan yang unik dari segi seni dan budaya ini juga boleh menjadi contoh kepada bangsa lain di negeri ini termasuk Cina dan India.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Citrawarna Siam anjuran Persatuan Wanita Siam Kelantan di Wat Machimmaran di sini, malam tadi.
"Kebudayaan yang dipertontonkan kepada kita malam ini amat menarik dan saya akan memastikan supaya seni dan budaya masyarakat Siam seperti persembahan Menora dan tarian etnik dipertahankan demi kelangsungan identiti masyarakat keturunan Siam di Malaysia,” katanya.
Mohammaddin berkata, tarian dipersembahkan adalah bertepatan dengan festival yang menggambarkan imej etnik minoriti di negara ini yang hidup harmoni dalam masyarakat majmuk.
Hadir sama Gabenor Narathiwat ,Thailand, Ekkrat Leesen, Konsul General Thai Mongkol Sinsomboon, Pengerusi Persatuan Wanita Siam Kelantan, K.C Ngiam dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri, Mohd Aidil Afizie Daud.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial