KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) – Seramai 973 murid menyertai program Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Seri Bintang Utara 2019 hasil kerjasama Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) bersama Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara (SKSBU), di sini, hari ini.
Setiausaha KOPETRO, Haji Abdul Razak Hussain berkata program ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dan rasa cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.
“Kami berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama bersama SKSBU dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan ini selain dapat membantu pihak sekolah membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik dan cinta akan negara”, jelasnya.
Beliau menyampaikan bendera Malaysia kepada 30 orang ketua darjah bagi setiap kelas dan plak penghargaan kepada Guru Besar SKSBU Puan Noriah Ismail.
Sebanyak 1000 bendera Malaysia beserta lencana khas merdeka diedarkan kepada para pelajar dan guru SKSBU.
KOPETRO bercadang untuk bergerak aktif dalam mengadakan aktiviti seumpama ini untuk mengeratkan lagi kerjasama antara pihak koperasi dan sekolah pada masa akan datang.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial