KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Tiada insiden serangan siber dikesan setakat ini dalam gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak gangguan itu mula dikesan pada 21 Ogos.
Menurut kenyataan dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) malam ini, dapatan awal oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan bahawa gangguan disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.
"Pada masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan KLIA2 kembali pulih sepenuhnya. MAHB telah mengambil dan akan terus mengambil semua langkah yang perlu untuk mempercepat proses itu kembali pulih, " kata kenyataan tersebut.
NASCA akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial