AM

MATTA alu-alukan dasar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan pengurusan pelancongan

10/09/2019 08:12 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept  -- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengalu-alukan Dasar Cukai Perkhidmatan yang diterbitkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) awal bulan ini.

Presidennya, Datuk Tan Kok Liang berkata, keputusan itu memberi kelegaan besar kepada pemain industri pelancongan kerana MATTA telah memperjuangkan isu itu ke peringkat tertinggi untuk menghapuskan kekeliruan dan kesan cukai berganda.

Beliau berkata keputusan itu tepat pada masanya kerana pengecualian cukai perkhidmatan terpakai bagi pakej pelancongan dalam negara dan industri pelancongan bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020.

"Kami sangat berterima kasih kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana memberi perhatian dalam perkara ini dan para pegawai JKDM kerana mengkaji cadangan kami.

"Menjadikan pakej pelancongan dalam negara lebih kompetitif di pasaran mempunyai impak yang besar terhadap pakej pelancongan luar bandar dan pakej eko pelancongan. Kami memuji usaha kerajaan dalam membantu pertumbuhan pelancongan di negara kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pekeliling itu menyatakan bahawa mulai September, Perkhidmatan Pengurusan Pelancongan adalah antara empat perkhidmatan yang tidak lagi ditakrifkan sebagai perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai di bawah Jadual Pertama Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.

Perniagaan berkaitan boleh mengeluarkan invois tanpa cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan yang disediakan sehingga Ogos, atau nota kredit jika pembayaran belum diterima. Mana-mana cukai perkhidmatan yang dikutip mesti dihantar kepada JKDM dan tidak ada bayaran balik untuk cukai perkhidmatan yang dibayar.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan