SUKAN

Skuad Negeri Sembilan terima tamparan pengurus pasukan letak jawatan

12/09/2019 05:58 PM

SEREMBAN, 12 Sept -- Persatuan Bola Sepak Melayu Negeri Sembilan (PBMNS) menerima tamparan menjelang saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2019, apabila Timbalan Presidennya Faliq Firdaus meletak jawatan berkuatkuasa, dua hari lepas (Selasa).

Keputusan Faliq itu sekali gus memberi kesan kepada persiapan skuad itu, bagi menghadapi kejohanan tersebut bermula 14 Sept ini, kerana beliau juga adalah pengurus pasukan tersebut.

Setiausaha PBMNS, Abdul Rafi Abdul Murad berkata tindakan Faliq itu yang dilantik sebagai pengurus pasukan pada Februari lepas, menyebabkan pasukan Piala Emas Raja-Raja Negeri Sembilan yang sepatutnya bertolak ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah semalam, terpaksa ditangguhkan.

"Penangguhan itu dibuat kerana kita tiada kewangan mencukupi untuk menanggung kos pasukan. Tindakan Faliq itu amat dikesali dan tidak bertanggungjawab. Dia membuat keputusan terburu-buru tanpa berbincang dengan kita (PBMNS).

"Dia (Faliq) hantar surat letak jawatan dengan alasan tidak dapat bekerjasama dengan barisan Exco PBMNS dan tidak berpuas hati dengan pelantikan Rahimmudin Abdul Rahman selaku ketua jurulatih,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rafi berkata PBMNS melantik seorang ahli perniagaan, Mohd Nazri Abdul Hashim sebagai pengurus pasukan baharu, kerana beliau bersimpati dengan masalah dihadapi persatuan berkenaan. 

Katanya pasukan Piala Emas Raja-Raja Negeri Sembilan akan bertolak ke UUM malam ini, dan berharap dapat meraih keputusan positif pada kejohanan itu.

PERR 2019 akan bermula pada 14 hingga 19 Sept untuk peringkat kumpulan akan berlangsung secara karnival akan berlangsung selama sebulan berlangsung di beberapa venue seperti Stadium Mini Jitra, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) dan UUM.

Pada saingan kali ini yang menyaksikan Kedah selaku tuan rumah diundi dalam Kumpulan C bersama Negeri Sembilan lam Kumpulan C bersama-sama Pahang, Kelantan, Melaka dan Angkatan Tentera Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan