AM

Program tukar sampah dengan syiling emas

03/10/2019 03:22 PM

JAKARTA, 3 Okt -- Pemerintah (Pihak berkuasa) Kabupaten Raja Ampat, menawarkan syiling emas sebagai pertukaran untuk sampah sarap bagi memastikan kepulauan yang semakin popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka  di Indonesia itu, kekal bersih.

Memetik laporan agensi berita Antara, bersempena Festival Bahari (Maritime Commemoration) pada 19 hingga 22 Okt ini, penduduk atau pelancong boleh menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas.

Menurut Ketua Dewan Pimpinan Cabang Himpunan Pramuwisata Indonesia Raja Ampat (Pengurus Lembaga Pelancong Raja Ampat), Ranny Iriani Tumundo, program pertukaran sampah dengan syiling emas itu akan diadakan di Pantai Raja Ampat bagi mendidik masyarakat setempat dan pelancong kepentingan memulihara alam sekitar.

Kepulauan Raja Ampat, yang terletak di bahagian barat Provinsi Papua Barat,  terkenal dalam kalangan penyelam kerana  keindahan batu karang, panorama kepulauan yang memukau, dan kini diiktiraf sebagai  “syurga laut” tercantik di dunia.

Kepulauan Raja Ampat terdiri daripada empat pulau utama iaitu Pulau Waigeo, Pulau Misool, Pulau Salawati dan Pulau Batanta.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan