EKONOMI

MyCEB ketuai delegasi Malaysia ke IBTM Sedunia 2019

10/10/2019 05:27 PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) akan mengetuai delegasi Malaysia ke IBTM Sedunia 2019 di Barcelona, Sepanyol pada 19-21 Nov untuk menarik lebih banyak mesyuarat korporat dan kumpulan insentif ke negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, MyCEB berkata delegasi itu akan termasuk Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang, Pusat Perdagangan Antarabangsa dan Pameran Malaysia, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Datuk Zulkefli Sharif berkata beliau akan berkongsi mengenai produk baharu dan pembangunan yang terdapat di Malaysia bagi meningkatkan tawaran negara kepada industri acara perniagaan serta menarik perancang dan penganjur acara  untuk mengadakan mesyuarat korporat dan kumpulan insentif, persidangan dan pameran mereka.

“Saya percaya IBTM Sedunia yang selama ini dan pada masa akan datang akan terus menjadi platform strategik untuk kami kerana ia merupakan satu daripada wadah yang membuka pintu kepada pasaran Eropah dan antarabangsa.

“Susulan tahun 2018 mencatatkan sejumlah 152 acara perniagaan yang menyumbang kepada kira-kira 8,735 orang perwakilan, meraih kira-kira RM1.58 bilion dalam impak anggaran ekonomi kepada negara, ia adalah petunjuk baik bahawa Malaysia semakin bertapak kukuh dalam industri acara perniagaan,” katanya.

MyCEB ialah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Sementara itu, MyCEB berkata Malaysia akan memperkenalkan 10 hotel baharu menjelang Disember tahun ini, 11 hotel pada 2020 dan dua hotel pada 2022 untuk memenuhi permintaan pelancong perniagaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan