Agong dan Raja Permaisuri rakam ucapan takziah kepada TPM dan keluarga [ 22m ago ]

SC dakwa bekas MD DIS Tech kerana perdagangan orang dalam

Tarikh kemaskini: 10/10/2019
KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa Cheah Yew Keat, bekas Pengarah Urusan (MD) DIS Technology Holdings Bhd, dengan lima pertuduhan perdagangan orang dalam dalam saham syarikat itu.

Kesemua lima pertuduhan itu bagi kesalahan perdagangan orang dalam di bawah Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, katanya dalam kenyataan di sini.

Cheah didakwa menjual 2,884,300 unit saham DIS Technology melalui akaun milik Chuah Ni manakala memiliki maklumat bukan awam antara 1 Mac, 2010 dan 4 Mac, 2010, menurut SC.

Maklumat bukan awam yang dirujuk dalam semua pertuduhan berkaitan dakwaan salah nyata laporan kewangan suku tahun DIS Technology antara suku ketiga 2008 dan suku keempat 2009 yang memberi impak yang ketara kepada keputusan kewangan syarikat itu.

Perdagangan orang dalam adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta. Cheah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut, katanya.

Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Hasbullah Adam, yang menetapkan jaminan sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin, turut mengkehendaki Cheah menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu