KUALA LUMPUR, 16 Okt -- Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas perantara khas untuk peminat menyaksikan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Nov ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij dalam kenyataan hari ini, berkata bas berkenaan disediakan dari tiga lokasi strategik iaitu stesen KL Sentral, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Beliau berkata tiket bas berkenaan sudah dijual bermula hari ini di stesen LRT terpilih iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni serta kaunter kad konsesi MyRapid di hab bas Pasar Seni.
"Pada hari-hari acara dari 1 hingga 3 Nov, peminat juga boleh membeli tiket bas ini di Hab Pengangkutan klia2 di tingkat 1 dari 8 pagi hingga 1 pagi,” katanya sambil menasihatkan peminat untuk membeli tiket awal bagi mengelak beratur panjang.
Harga tiket dari KLCC dan KL Sentral ke SIC adalah RM20 untuk perjalanan sehala, dan RM35 bagi tiket pergi balik, manakala RM12 bagi perjalanan sehala dari klia2.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial