AM

Sebuah rumah, empat kereta dan tujuh motosikal hangus terbakar

16/10/2019 06:06 PM

DUNGUN, 16 Okt -- Sebuah rumah, empat buah kereta dan tujuh motosikal hangus dalam satu kebakaran di Kampung Paya, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Mohd Aidil Khairim Abdul Wahab berkata 12 anggota bersama dua jentera dari Balai bomba Dungun dan Paka bergegas ke tempat kejadian selepas menerima pangilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira pukul 11.40 pagi.

“Ketika bomba tiba api sedang marak dan pihak bomba bertindak menggunakan tiga aliran hos air bagi mengawal dan memadam kebakaran dari merebak ke kawasan berdekatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadam kebakaran sepenuhnya, dan menurutnya semasa kejadian pemilik rumah itu Amran Ngah, 51, dikatakan dalam perjalanan ke Gebeng, Pahang manakala isterinya Zaiton Ramli, 46, telah keluar berniaga.

Mohd Aidil berkata empat buah kereta dan tujuh motosikal yang musnah dalam kejadian itu adalah milik pelanggan untuk dibaiki Amran yang merupakan seorang mekanik, dan mempunyai bengkel persendirian berdekatan rumahnya.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan