EKONOMI

Kereta terbang kedua dengan teknologi baharu pada Q3 tahun depan - Menteri MED

17/10/2019 03:36 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Kereta terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya pada suku ketiga (Q3) tahun depan, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata kereta itu sedang dibangunkan di Eropah dan perbincangan telah dilakukan dengan pembina sama ada untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan.

“Versi kedua menggunakan teknologi baharu dan kita telah berbincang sama ada ia boleh dilakukan, dan sekiranya ada minat di negara ini, untuk mengadakan penerbangan pertama pada suku ketiga tahun depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 awal tahun ini, kementerian telah mempamerkan prototaip kenderaan terbang yang dinamakan ‘Vector’.

Menurut pembina Aerodyne, “Vector” bukanlah kereta terbang yang paling dinanti-nantikan tetapi sistem pengangkutan udara dari titik ke titik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan