Sathianathan tidak letak harapan tinggi raih anugerah jurulatih terbaik [ 2m ago ]

SAM, JGTA anjur Golf Amal Korporat Media SAM 2019

Tarikh kemaskini: 08/11/2019
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Persatuan Penulis Sukan (SAM) dan Persatuan Pelancongan Golf Johor (JGTA) hari ini mengumumkan kerjasama mereka dalam menganjurkan Kejohanan Golf Amal Korporat Media SAM 2019 di Classic Course, Forest City Golf Resort, Gelang Patah pada 24 Nov.

Acara itu dijangkakan akan disertai 100 ahli media, ketua industri dan korporat, usahawan berjaya dan sahabat-sahabat dari Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Singapura untuk bermain golf dan beramal.

Presiden SAM Jasni Shafie berkata, acara ini merupakan kerjasama mereka yang pertama bersama JGTA dan Forest City Golf Resort di padang golf yang paling baharu di negara ini, sambil menarik pemain golf dari Singapura dan Korea untuk menyertai kejohanan tersebut.

“Hasrat murni kami dalam menganjurkan kejohanan golf ini ialah untuk mengumpulkan dana bagi membantu mereka yang memerlukan termasuklah ahli SAM dan juga beberapa badan amal di Malaysia.

“Selain menganjurkan kejohanan ini sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun SAM ke-50, acara ini juga dilihat bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan kempen Tahun Melawat Johor 2020 dan berharap lebih ramai pemain golf tempatan dan luar negara akan mengambil bahagian dan sehingga kini telah menerima penyertaan daripada Singapura dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Presiden JGTA Kol. Mohd Jamal Salleh berkata, golf amal ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mereka untuk mempromosikan golf di Johor dan juga merangsangkan lagi industri pelancongan di Johor.

Katanya, ia satu peluang yang terbaik untuk memulakan kempen Melawat Johor 2020 dan mengerakkan kesemua program yang telah diaturkan tahun hadapan.

“Classic Course ini mempunyai fairways yang memberikan cabaran yang menarik kepada pemain professional dan juga amatur,” katanya

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu