AM

Perkhidmatan e-hailing bas pelancongan untuk TMM 2020 dalam proses

12/11/2019 04:43 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berharap dapat memulakan perkhidmatan e-hailing bas pelancongan apabila bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2020.

Presiden MATTA,  Datuk Tan Kok Liang berkata, malahan persatuan itu telah menandatangani satu  memerondum persefahaman dengan empat operator e-hailing pada 12 Julai lepas.

"Tanpa kenaikan kos operasi, sebuah bas pelancongan boleh mendapat hasil tambahan  dengan  mengambil sekumpulan penumpang dengan melakukan tempahan menggunakan aplikasi e-hailing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tempat mengambil penumpang boleh sahaja di mana-mana seperti lapangan terbang, hotel, pejabat dan tempat menarik.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan