EKONOMI

Unit Destini peroleh lanjutan kontrak daripada Kementerian Pertahanan

03/12/2019 09:25 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Destini Prima Sdn Bhd (DPSB), anak syarikat milik penuh Destini Bhd hari ini menerima surat lantikan (LOA) daripada Kementerian Pertahanan bagi melanjutkan kontraknya menyediakan perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih dan membekalkan peralatan keselamatan dan kelangsungan hidup kepada Tentera Udara Diraja Malaysia. 

Siling kontrak itu adalah RM50.18 juta, kata Destini dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Tempoh kontrak tersebut adalah selama setahun bermula dari 3 Okt, 2019 hingga 2 Okt, 2020.

“DPSB diperlukan untuk menjalankan program Professional Training and Education For Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) dan termasuk sekurang-kurangnya 20 peserta PROTÉGÉ tanpa sebarang kos kepada kerajaan,” kata syarikat itu. 

Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih Destini bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 dan 31 Dis, 2020.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan