Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 2h ago ]

5 maut dalam insiden letupan gas di Slovakia

Tarikh kemaskini: 07/12/2019
BRATISLAVA, 7 Dis -- Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 40 lagi cedera dalam insiden letupan gas pada Jumaat di sebuah pangsapuri 12 tingkat di timur pekan Presov, Slovakia, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pegawai.

"Kami telah mengesahkan lima kematian setakat ini namun angka korban mungkin meningkat berdasarkan keterangan saksi," kata Perdana Menteri Slovakia Peter Pellegrini di tempat kejadian.

Menurut anggota bomba, letupan itu yang berlaku sejurus selepas tengah hari diikuti kebakaran yang merebak ke empat hingga lima tingkat bangunan kediaman tersebut, yang dikhuatiri akan runtuh.

Tidak jelas berapa ramai orang yang berada dalam bangunan itu ketika kejadian namun anggota bomba berkata semua yang berjaya ditemui telah dipindahkan ke sekolah berhampiran.

Mangsa yang cedera tidak berada dalam keadaan kritikal, menurut Menteri Kesihatan Andrea Kalavska.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu