EKONOMI

Saham Cahya Mata Sarawak meningkat selepas peroleh kontrak selenggara jalan

09/12/2019 12:21 PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis -- Saham Cahya Mata Sarawak Bhd meningkat semasa sesi dagangan pagi ini selepas anak syarikat 51 peratus miliknya, PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, memperoleh kontrak penyenggaraan jalan raya selama 10 tahun daripada kerajaan negeri Sarawak.

Pada 11.37 pagi ini, saham Cahya Mata Sarawak menambah tiga sen kepada RM2.45 dengan 538,400 saham bertukar tangan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, Cahya Mata Sarawak berkata kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja menyenggara jalan raya di Kuching, Serian, Samarahan, Kapit, Sibu dan Sarikei, berkuat kuasa 1 Jan, 2020.

“Jumlah kepanjangan jalan berdasarkan kontrak adalah 3,300.65 kilometer,  dan kontrak itu bernilai RM99.22 juta setahun,” menurutnya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan