AM

Dewan Rakyat pertimbang tambahan Ahli Parlimen masa istihar harta- Speaker

12/12/2019 02:34 AM

KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Dewan Rakyat akan mempertimbangkan untuk membenarkan masa tambahan bagi mengistiharkan harta kepada tiga Ahli Parlimen (MP) daripada Gabungan parti Sarawak (GPS) kata Speakernya Tan Seri Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Arif berkata tiga MP berkenaan telah mengemukakan permohonan untuk penambahan masa dan Dewan membenarkannya, manakala MP lain tidak membuat sebarang permohonan.

“Jika mereka merasakan mereka memerlukan lebih masa lagi untuk sebab-sebab tertentu, kita bukanlah jahat. Tetapi bagi yang tidak mahu mengistiharkan harta mereka, itu cerita lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam bersama Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen dan Media: ‘Reformasi dan Hala Tuju Parlimen Malaysia’ di sini malam ini.

Pada 5 Dis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, kesemua 139 MP Pakatan Rakyat (PH) telah menyerahkan pengistiharan aset mereka kepada Dewan Rakyat.

Katanya, mereka merupakan antara 160 MP yang telah menghantar pengistiharaan aset tersebut selain daripada tiga daripada Barisan Nasional (BN) 14 Gabungan Parti Sarawak (GPS) manakala tiga lagi daripada Parti Bersatu Sarawak (PSB), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Sementara itu, sejumlah 62 MP masih belum menghantar borang pengistiharan, iaitu 38 BN, PAS (18), GPS (tiga), STAR (satu) dan dua wakil bebas.

Sementara itu, Mohamad Arif berkata Parlimen telah berjaya melakukan pelbagai reformasi sepanjang tahun ini menerusi pelbagai program yang telah dilaksanakan.

”Kita berharap lebih banyak lagi yang dapat dilakukan pada tahun depan. Diharap wakil media dapat melaporkan apa yang telah kami lakukan dengan cara yang paling berkesan, kerana rakyat perlu tahu apa yang berlaku di Parlimen.

“Tahun ini juga menyaksikan satu perkembangan baharu di Parlimen seperti perbahasan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), ia tidak pernah dibentangkan sejak 19 tahun lalu,” katanya yang menekankan Parlimen kini bergerak ke arah yang lebih baik.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan