AM

Hujan lebat akibatkan tebing jalan kawasan perumahan di Kulai runtuh

15/12/2019 11:25 PM

JOHOR BAHRU, 15 Dis -- Hujan lebat yang berterusan sehingga petang tadi mengakibatkan tebing jalan di kawasan perumahan Jalan Sutera 6/1, Taman Sentosa, Saleng, Kulai, dekat sini, runtuh.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kulai, PB Mohamad Haitimi Ahmad berkata kejadian pada pukul 4.49 petang itu mengakibatkan dua kenderaan hampir terjatuh dari runtuhan berukuran 100 kaki persegi berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Katanya enam anggota dan satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Dua kenderaan yang hampir terjatuh dari runtuhan itu berjaya ditarik ke tempat yang lebih selamat kemudiannya. Ia (kejadian) berlaku disebabkan hujan lebat hingga terdapatnya pergerakan air dalam tanah,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Setakat pukul 9.00 malam ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) untuk mangsa banjir dibuka di daerah Kulai susulan hujan lebat, yang menempatkan 113 mangsa daripada 36 keluarga.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan