KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Kos penyelenggaraan sebuah kapal selam milik negara yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah RM100 juta setahun, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong, berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan operasi serta logistik.
"Kos itu juga meliputi penyelenggaraan limbungan kapal selam milik TLDM di Kota Kinabalu, Sabah," katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di sini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Zahari Sarip yang ingin tahu kos yang diperuntukkan untuk menyelenggarakan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia.
Menjawab soalan tambahan Zahari yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menambah bilangan kapal selam, Liew menjelaskan perkara itu tidak berada dalam perancangan Kementerian Pertahanan setakat ini.
"... kita tidak bercadang untuk menambah bilangan kapal selam walaupun di Singapura dan Indonesia ada lima serta Vietnam enam buah kapal selam...kita akan kekalkan apa yang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial