AM

Tidak salah rumah tanpa tingkap dengan aspek keselamatan - Bomba

22/12/2019 06:24 PM

KANGAR, 22 Dis  -- Tiada kesalahan dari segi keselamatan bagi pembinaan rumah tanpa tingkap, selagi pemilik kediaman persendirian tahu mengendalikan sistem keselamatan kebakaran dan tidak menjalankan aktiviti merbahaya atau membuat stor penyimpanan gas di rumah, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisya Haris.

Katanya mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984, tidak memperuntukkan mana-mana klausa yang berkaitan pintu dan tingkap, rumah taman dan sebagainya.

"Bomba hanya melihat melalui plan yang dikemukakan pihak arkitek dan pihak pemaju dari segi "party wall" iaitu dinding antara dua rumah, serta kedudukan pili bomba dengan jarak 90 meter pada awal pembinaan bangunan perumahan itu.

"Jika ada perubahan pada bangunan selepas rumah diduduki, pemeriksaan lanjut adalah di bawah tanggungjawab pihak pemaju itu sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan mengenai sebuah unik milik seorang kontraktor elektrik yang mengubah suai rumah miliknya dengan membuang kesemua tingkap rumahnya di Taman Koperasi dekat sini, selepas beberapa kali di ceroboh pencuri pada 2017.

Rumah tersebut hanya mempunyai dua pintu iaitu pintu hadapan dan pintu belakang.

Ruhisya berkata beliau yakin, aspek keselamatan telah diambil kira pemilik rumah berkenaan namun jika terdapat unsur-unsur bahaya, pihaknya boleh mengeluarkan notis kepada pemilik rumah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan