POLITIK

Apandi Ali letak jawatan pengerusi lembaga disiplin UMNO

26/12/2019 10:45 PM

KUALA LUMPUR, 26 Dis  -- Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengesahkan bahawa beliau meletak jawatan sebagai pengerusi lembaga disiplin UMNO, tidak sampai setahun selepas pelantikannya.

Apandi, menerusi mesej pesanan ringkas kepada Bernama, berkata beliau membuat keputusan itu kerana mahu mengekalkan integritinya berikutan campur tangan dalam prosiding tatatertib terhadap bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Tiada siapa dalam hierarki politik boleh mencampuri fungsi Lembaga Disiplin.

"Seperti yang saya katakan, ia tidak berperlembagaan dan menyalahi undang-undang ... Saya tidak boleh membiarkan perkara-perkara seperti itu, ia menentang prinsip kepercayaan saya dalam kedaulatan undang-undang," katanya.

Ditanya bila beliau akan secara rasmi mengemukakan surat perletakan jawatannya itu, beliau menjawab: "Apabila saya kembali ke negara ... pada awal Januari".

Hishammuddin telah diserahkan surat tunjuk sebab pada 13 Dis dan dikehendaki hadir di hadapan lembaga disiplin berhubung penglibatannya dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen UMNO dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada November.

Prosiding tatatertib itu dijadualkan hari ini tetapi ditangguhkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan