LANGKAWI, 10 Jan -- Pasukan 'Team Hollywood' dari Australia terus berada di kedudukan selesa untuk dinobatkan sebagai juara kelas Racing pada Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) ke-18 yang akan berakhir esok.
Pasukan, yang dikemudi Ray Roberts, itu terus mempamerkan kehebatan apabila menamatkan tiga perlumbaan ‘Habour Race’ hari ini di kedudukan pertama dengan meraih lapan mata penalti selepas sembilan daripada 10 perlumbaan, sekali gus jauh meninggalkan empat pasukan pencabarnya.
Pencabar terdekat dari Thailand, THA72 mengumpul 18 mata penalti diikuti pasukan efileConnect dari Belanda (19), Windsikher dari Singapura (29) dan pasukan Zuhal dari Malaysia dengan 40 mata penalti.
Sementara itu, peluang THA72, yang diketuai Don Whitcraft, untuk merampas kembali kejuaraan yang pernah dimenangi pada tahun 2017 dan 2018 dilihat semakin sukar apabila pasukan tersebut ketinggalan jauh daripada Team Hollywood.
Dalam kelas IRC1 pula, peluang Mata Hari KL Registry, yang dikemudi Vincent Chan, untuk mengejar gelaran keenam berturut-turut semakin pudar apabila menamatkan tiga perlumbaan hari ini di tempat kedua, ketiga dan keempat sekali gus mengutip 18 mata penalti di tempat kedua.
Sementara itu, pasukan Char Chan dari Jepun yang diketuai Kazuki Kihara terus cemerlang dalam tiga perlumbaan hari ini, sekali gus melayakkan pasukan tersebut untuk berada di kedudukan pertama dan mengumpul sembilan mata penalti.
Pasukan dari Singapura, Meraki berada di tempat ketiga dengan 22.5 mata manakala pasukan Uminoko dari Rusia di tempat terakhir dengan 26.5 mata penalti.
Keputusan Selepas 9 Perlumbaan:
Kelas Racing:
1. Team Hollywood (AUS) 8 mata penalti
2. THA72 (THA) 18
3. efileConnect (NED) 19
4. Windsikher (SIN) 29
5. Zuhal (MAS) 40
Kelas IRC 1:
1. Char Chan (JPN) 9 mata penalti
2. Mata Hari KL Registry (MAS) 18
3. Meraki (SIN) 22.5
4. Uminoko (RUS) 26.5
Kelas IRC 2:
1. Phoenix (THA) 9 mata penalti
2. Beihai Zhufeng Sailing Team (SIN) 19
3. The Blue Angel (MAS) 19
Kelas Sportboat:
1. MSA-MSN (MAS) 10 mata penalti
2. Navy 1 (MAS) 14
3. UMT (MAS) 21
4. MYGadis (MAS) 37
Kelas Multihull:
1. Fetz Ma (AUT) 6 mata penalti
2. Allegro (AUS) 8
Kelas Club:
1. Wind of Change (RUS) 4 mata penalti
2. Marikh (MAS) 9
3. VG Offshore (MAS) 10
4. Sade 2 (MAS) 13
Kelas White Sail:
1. Chantique (MAS) 6 mata penalti
2. Dash (MAS) 7
3. Tofan (MAS) 12
4. Gwell (SIN) 15
5. Linda (THA) 16
6. Eveline (MAS) 18
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial