AM

Saksi rakam video JPJ kasari penunggang motosikal diminta tampil bantu siasatan

11/01/2020 09:51 PM

LAHAD DATU, 11 Jan -- Polis meminta saksi yang merakam video kejadian penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa menggunakan kekerasan terhadap penunggang motorsikal, yang tular di media sosial, agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata saksi berkenaan boleh ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu atau mana-mana IPD atau balai polis berdekatan, untuk diambil keterangan.

"Dalam kejadian semalam kira-kira pukul 10.30 pagi yang berlaku di Kilometer 23, Jalan Lahad Datu-Sandakan, saksi berkenaan dipercayai merakam video berdurasi 45 saat yang memaparkan anggota JPJ melakukan kekerasan, dengan menendang penunggang motorsikal lelaki," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penunggang motorsikal berumur 20 tahun itu ditahan, selepas cuba melarikan diri dari sekatan jalan dan bertindak merempuh dua pegawai JPJ yang bertugas, sehingga pegawai berkenaan terpaksa menggunakan kekerasan untuk menahannya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan