SUKAN

Zii Jia tersingkir di pusingan pertama Masters Indonesia

15/01/2020 07:55 PM

Oleh: Mohd Shukri Ishak

JAKARTA, 15 Jan -- Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2020, selepas tewas kepada pemain China, Huang Yu Xiang, di sini hari ini.

Lee, 21, pemenang pingat emas perseorangan lelaki Sukan SEA 2019 yang juga layak ke peringkat separuh akhir Malaysia Masters 2020 baru-baru ini, tewas   21-17, 21-23, 12-21.

Anak kelahiran negeri Kedah itu menang set pertama, kalah tipis di set kedua dan gagal menyaingi Huang, 26 pada set ketiga.

Kejohanan Badminton Indonesia Masters bermula semalam sehingga 19 Januari ini di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Pada peringkat pusingan pertama bagi acara beregu lelaki, empat pasangan negara berjaya layak ke pusingan kedua.

Berikut keputusan hari kedua melibatkan pemain Malaysia hari ini pada saingan pusingan pertama.

 

Perseorangan lelaki:

1. Huang Yu Xiang (CHN) mn LEE ZII JIA (MAS)  17-21, 23-21, 21-12

 

Beregu lelaki:

 

1. GOH SZE FEI-NUR IZUDDIN MOHD RUMSANI ( MAS) mn  Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov (RUS) 21-15,18-21, 21-16

2. ONG YEW SIN-TEO EE YI ( MAS) mn Han Cheng Kai-Zhou Hao Dong (CHN) 21-18, 21-17

3. GOH V SHEM-TAN WEE KIONG ( MAS) mn Liao Min Chun- Su Ching Heng (TPE) 21-18, 21-17

4. AARON CHIA-SOH WOOI YIK ( MAS) mn Wahyu Nayaka Arya Pangkaryanira-Ade Yusuf Santoso (INA) 21-17, 22-20.

 

Beregu campuran:

1. GOH SOON HUAT- LAI SHEVON JEMIE (MAS) mn Niclas Nohr- Sara Thygesen (DEN) 21-13, 21-6

Beregu Wanita:

 

1. Chen Qing Chen - Jia Yi Fan (CHN) mn VIVIAN HOO-YAP CHENG WEN (MAS) 21-12, 21-16

 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan