PORT DICKSON, 21 Jan -- Kementerian Pengangkutan sedang menjalankan kajian bagi membaik pulih landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson.
Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata kajian itu termasuk melihat kebolehlaksanaan projek landasan kereta api itu memandangkan landasan sedia ada yang sudah lama tidak digunakan itu, dan terdapat jajaran yang tidak boleh digunakan lagi.
"Memang ada rancangan untuk hidupkan semula landasan kereta api Seremban-Port Dickson. Cadangan ini di peringkat kajian untuk lihat sejauh mana boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.
"Jajaran itu saya difahamkan ada sebahagian masih boleh dijalankan tapi ada sebahagian tidak sesuai namun kita akan lihat dan kaji kebolehlaksaan projek landasan ketapi Seremban ke Port Dickson... saya tidak mahu bagi pengumuman apa-apa lagi sebab masih di peringkat kajian," tambahnya.
Dalam pada itu, Loke turut menyarankan kepada orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial