AM

KTMB tambah 6 tren laluan Butterworth - Padang Besar

31/01/2020 10:15 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penambahan enam lagi perkhidmatan tren bagi laluan Butterworth dan Padang Besar mulai esok. 

Dalam satu kenyataan, KTMB memaklumkan pertambahan perkhidmatan tren tersebut susulan permintaan tinggi penumpang khususnya pada hujung minggu melibatkan pengoperasian ketika waktu puncak pada jam 3.55 petang dan 8.25 malam. 

Menurut kenyataan itu, KTM Komuter akan beroperasi seawal 5.25 pagi hingga 9.25 malam setiap hari.

Untuk rekod sejak diperkenalkan pada 2015, perkhidmatan KTM Komuter hanya mencatatkan 500 penumpang sehari, namun kini angka itu melonjak kira-kira 17,500 penumpang sehari. 

Orang ramai boleh merujuk jadual waktu terkini perkhidmatan tren di stesen-stesen berhampiran dan melalui laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menerusi aplikasi MyRailtime.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan