AM

Ahmad Zahid dijadual menghadap Agong Khamis ini

14/10/2020 02:13 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt  -- Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual  menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 5 petang Khamis ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi parti di Ibu Pejabat UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

“Datuk Seri Zahid Hamidi dititahkan menghadap Seri Paduka Baginda pada hari Khamis, jam 5 petang,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, mesyuarat itu memutuskan bahawa UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberi syarat baharu kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis, untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Pagi tadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pada sidang media petang tadi, Anwar mendakwa mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen, selain mendakwa Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti untuk input dan pengesahan dokumen, yang dipersembahkan Presiden PKR itu.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan