AM

Gangguan air: SAINS salur bekalan air di kawasan terjejas

06/11/2020 02:20 AM

SEREMBAN, 5 Nov -- Sebanyak 11 lori tangki bekalan air terawat dan 44 tangki statik telah dihantar ke kawasan terlibat gangguan bekalan air sekitar Port Dickson dan Seremban mulai pagi tadi.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata bekalan air itu akan dibekalkan sehingga kerja-kerja menambak tebing runtuh di Sungai Linggi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selesai.

"SAINS juga telah membuka beberapa kawasan pengambilan air melalui 'feeder' yang ditetapkan bagi  pelanggan industri dan pengguna domestik melalui lori tangki yang disewa mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata setakat hari ini 17 lori tangki air daripada operator air termasuk Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Syarikat Air Melaka Berhad, Ranhill SAJ Sdn Bhd dihantar untuk diagihkan di kawasan terjejas sehingga keadaan terkawal dan pulih.

Media semalam melaporkan, lebih 45,000 akaun pengguna SAINS yang melibatkan sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban berdepan masalah bekalan air berikutan gangguan terhadap operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi susulan kejadian hujan lebat semalam.

Antara kawasan yang terjejas ialah Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, seluruh kawasan Rantau melibatkan Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Sega Ulu, Sega Hilir dan Jalan Kuala Sawah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan