EKONOMI

Luno perkenalkan 'Bitcoin Cash' kepada pengguna Malaysia

05/05/2021 05:12 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Luno kini menawarkan perdagangan Tunai Bitcoin atau Bitcoin Cash (BCH) di platformnya kepada pengguna Malaysia mulai hari ini, setelah menjadi tukaran aset digital pertama yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

BCH adalah mata wang kripto kelima yang diluluskan di Malaysia selepas Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC).

Dalam satu kenyataan hari ini, Luno menjelaskan rakyat Malaysia kini boleh membeli, menjual dan belajar mengenai BCH di platformnya kerana ia telah menjadi sebahagian daripada senarai penawaran aset digital yang semakin berkembang yang termasuklah BTC, ETH, XRP dan LTC.

Pengurus negara Luno Malaysia Aaron Tang berkata BCH kini berada di kedudukan 15 teratas mata wang kripto paling banyak diperdagangkan di seluruh dunia.

"Kami hanya menyenaraikan aset digital yang selamat dan bereputasi yang mempunyai faedah utiliti yang diinginkan pelanggan kami. Dan, itulah sebabnya kami memperkenalkan BCH selepas mendapatkan kelulusan daripada SC.

"Kami berharap pengenalan BCH di platform kami akan memberi inspirasi kepada pengguna Malaysia untuk meneroka mata wang kripto secara mendalam dan mengetahui mengenai faedah yang ditawarkan, sama ada untuk perdagangan atau pelaburan," katanya.

BCH dilancarkan pada bulan Ogos 2017.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan