MELAKA, 26 Mei -- Melaka United Football Club (MUFC) telah mendapatkan khidmat dua penyerang dari Brazil, Giovane Gomes da Silva dan Adriano Aparecido Narcizo dalam misi memperbaiki kedudukan dalam baki saingan Liga Super yang akan bersambung Julai ini.
MUFC dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua pemain itu akan menggantikan dua pemain import dari Montenegro, Stefan Nikolic dan penyerang dari Brazil, Alex Goncalves.
Upacara ringkas menandatangani kontrak kedua-dua pemain ini disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim di Kuala Lumpur, hari ini.
Giovane, 26, bermain dalam Serie D Brazil mewakili kelab Ser Caxias do Sul manakala Adriano, 26, juga dari liga yang sama pula beraksi untuk kelab Galvez Esporte Clube
"Pengalaman yang dimiliki oleh kedua-dua pemain import tersebut diharap menjadi senjata baharu kepada pasukan untuk barisan lebih mantap sekali gus mempertajamkan barisan depan," kata Lim.
Selepas 13 aksi perlawanan Liga Super, Melaka United terus bergelut dengan prestasi apabila terhumban di kedudukan kedua tercorot dengan 11 mata.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial