DUNIA

Jepun harap Arab Saudi main peranan utama stabilkan pasaran minyak

13/09/2022 03:01 PM

MOSCOW, 13 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman  menerusi panggilan telefon dan menggesa Arab Saudi memainkan peranan utama dalam menstabilkan pasaran minyak, menurut Kementerian Luar Jepun pada Isnin.

Kedua-dua pihak membincangkan ketidaktentuan bekalan minyak dan permintaan yang tinggi akibat konflik di Ukraine, lapor Sputnik, memetik kenyataan kementerian.

"Perdana Menteri Kishida menyuarakan harapannya agar Arab Saudi memainkan peranan utama dalam menstabilkan pasaran minyak mentah, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk terus menggalakkan kerjasama dalam menstabilkan pasaran minyak serta ke arah merealisasikan negara bebas karbon melalui penggunaan dan promosi tenaga lestari," menurut kenyataan itu.

Kishida berkata bahawa Jepun amat mementingkan hubungan dengan Arab Saudi sebagai rakan strategik, kerana negara itu memainkan peranan utama dalam kalangan negara Arab dan Islam, serta kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengukuhkan perkongsian dua hala, termasuk mengadakan mesyuarat sidang kemuncak yang aktif, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan