DUNIA

Arab Saudi Bawa Keluar 350 Lagi Warga Asing Dari Sudan

25/04/2023 12:35 PM

NEW YORK, 25 April (Bernama-Anadolu) -- Arab Saudi telah memindahkan lebih 356 warga asing dari Sudan termasuk 101 rakyatnya dan rakyat dari beberapa negara lain, menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi yang disiarkan di Twitter pada Isnin.

Antara yang dipindahkan ialah rakyat Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Itali, Qatar, Syria, Belanda, Iraq, Türkiye, Tanzania, Lubnan dan Libya, lapor Agensi Anadolu.

''Kerajaan Arab Saudi akan meneruskan usaha dan menawarkan bantuan untuk memastikan warga asing dapat dibawa keluar dengagn selamat menuju ke destinasi masing-maisng,'' menurut kenyataan itu. 

Pertempuran hebat di Sudan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah memasuki minggu kedua.

Setakat ini, lebih 400 orang terbunuh manakala lebih 3,500 lagi cedera sejak 15 April.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan