AM

Uniten, Itpln Secara Rasmi Ahli Pengasas Aeu-net

20/07/2023 01:11 PM

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Institut Teknologi Perusahaan Listrik Nasional (ITPLN) secara rasmi menjadi ahli pengasas kepada Rangkaian Universiti Tenaga ASEAN (AEU-Net) menerusi memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani di Jakarta, Indonesia, Selasa lepas.

AEU-Net ialah rangkaian universiti dan institut terkemuka di rantau ASEAN yang akan memacu inovasi, penyelidikan dan kecemerlangan akademik dalam bidang tenaga untuk manfaat komuniti ASEAN dan industri tenaga global.

Naib Canselor UNITEN Prof Dr Noor Azuan Abu Osman berkata MoU itu membolehkan kedua-dua universiti merangka inisiatif strategik antarabangsa, menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan sumber manusia dan kepakaran dalam bidang tenaga.

“MoU itu antara lain akan menyumbang kepada usaha rantau ASEAN dalam peralihan ke tenaga mesra alam dan sifar karbon,” katanya dalam kenyataan susulan pemeteraian dokumen itu antara beliau dan Rektor ITPLN Prof Dr Iwa Garniwa sambil disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan