AM

Gm Klang Anjur Kempen 'malaysia Rumah Kita! Istimewa 66'

16/08/2023 04:06 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Pusat Borong GM Klang akan menganjurkan kempen ‘Malaysia, Rumah Kita! 2023 - Istimewa 66’ pada 2 dan 3 Sept ini, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 negara.

GM Klang dalam kenyataan hari ini berkata kempen itu bertujuan menyokong idea kerajaan berhubung perpaduan dalam kepelbagaian, dalam kalangan pelawat GM Klang yang mewakili pelbagai bangsa dan agama bagi menyemai semangat muhibah, selaras dengan tema Hari Kebangsaan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Pengurus Kanan Komunikasi Jenama GM Klang Norsuhaida Othman dalam kenyataan hari ini berkata kempen itu akan menyediakan 66 hadiah istimewa bagi setiap aktiviti dirancang, yang bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

“Salah satu aktiviti yang akan ditampilkan ialah 'Merdeka 66 Capsule' yang akan menyaksikan para pelawat mendapat peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik apabila mereka membelanjakan RM250 dan ke atas dalam maksimum dua resit yang digabungkan, bermula dari 2 hingga 3 Sept,” katanya.

Selain itu GM Klang turut menghimpunkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan permainan tradisional, persembahan tarian tradisional pelbagai bangsa, dan penampilan istimewa maskot rasmi GM Klang, Gina dan Mat, serta beberapa maskot dari komik animasi 'Adat dan Waris' daripada Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan