KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Acara Ekspo Teknologi Malaysia ke-24 (MTE 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 20-22 Feb, 2025, menjadi platform bagi kalangan usahawan dan pelabur menyelami pelbagai inovasi teknologi terkini yang mampu memberi manfaat kelebihan daya saing kepada mereka.
Penganjuran oleh PROTEMP Exhibitions and Conferences (PROTEMP), edisi kali ini dalam format hibrid yang membolehkan penyertaan secara fizikal serta maya.
Dalam kenyataannya, PROTEMP berkata para peserta berpeluang meneroka lebih 400 kemajuan atau pencapaian yang merentasi sektor seperti tenaga mampan, penjagaan kesihatan, bandar pintar dan pendidikan; sesi libat dengan barisan pereka selain mengenal pasti potensi peluang perniagaan.
“Bersandarkan kejayaan penganjuran acara pada tahun-tahun sebelumnya, ekspo kali ini bakal menjadi lebih signifikan, mengetengahkan teknologi serba canggih merentasi pelbagai sektor yang kesemuanya ke arah masa depan mampan.
“MTE 2025 bukan setakat menyaksikan inovasi, tetapi peluang untuk penyertaan aktif dengan menjalin kerjasama strategik yang boleh memacu pertumbuhan perniagaan,” katanya.
Pada masa sama, PROTEMP berkata MTE 2025 menyediakan platform ideal untuk mereka yang berhasrat mendapatkan pendanaan, rakan kerjasama atau berminat mengembangkan jaringan profesional mereka.
“Tidak hanya pemasaran, MTE 2025 turut menawarkan pengetahuan dan pandangan meluas menerusi sesi perkongsian pengetahuan dinamik yang menyelidik kemajuan teknologi terkini serta aplikasi atau pelaksanaan yang praktikal.
“Kalangan peserta dapat meninjau bagaimana pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) memacu inovasi masa depan, peranan penting penyelidikan ‘nexus air’ dalam memajukan keadaan planet dan kepentingan penilaian harta intelek dalam pengkomersialan teknologi baharu," katanya.
Sesi sampingan lain yang tidak kurang menariknya pula merangkumi penyelesaian digital dalam perancangan bandar, strategi mempercepat inovasi menerusi platform pengetahuan serta amalan mampan yang merentasi pelbagai industri.
“Kesemua sesi ini dirancang khusus bagi menawarkan maklumat yang boleh dipraktikkan, memupuk pemikiran kreatif dan menyuntik inspirasi kepada peserta untuk menyepadukan idea-idea baharu dalam usaha mengejar profesional masing-masing.
“Selain itu, penceramah dan pemimpin pemikir akan turut berkongsi perspektif mengenai topik penting ini, memberi maklumat yang boleh diangkat dan dimanfaatkan untuk membuat keputusan agar kekal berada pada kedudukan di hadapan," kata kenyataan itu.
Acara istimewa adalah penyertaan barisan tetamu penting, termasuk Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal yang akan menyampaikan ucapan perasmian serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim di majlis pengumuman keputusan Anugerah Inovasi Belia Asia.
Mereka yang berminat menyertai MTE 2025 boleh membuat pendaftaran percuma untuk penyertaan fizikal dan maya di https://www.ticket2u.com.my/v3/e/40980?fid=357 atau https://mte.ibentos.com/ manakala maklumat lanjut di laman sesawang rasmi mtexpo.mte.org.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial