> BERITA

Banjir: 87 Mangsa Dipindahkan Di Telupid

26/02/2025 10:39 PM

KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) -- Sebanyak 87 orang daripada 23 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Telupid akibat banjir setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan 67 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Rancangan Nagoh, manakala 20 orang daripada enam keluarga berlindung di Balai Raya Kampung Maau.

“Dua lagi PPS iaitu Dewan Kampung Bambangan dan Masjid Lama Kampung Gana Jati dalam proses pendaftaran mangsa,” menurut kenyataan itu.

Telupid ialah daerah di pedalaman Sabah yang terletak lebih 200 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.

Sementara itu, Paitan merupakan daerah terbaharu dilanda banjir dengan sebuah PPS dibuka pada malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Paitan Joloning Joe Majambu dalam kenyataan  memaklumkan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kokos telah dijadikan PPS.

“Daerah Paitan kini diisytiharkan berlaku bencana banjir dan mangsa sedang dipindahkan ke PPS,” katanya yang juga Pegawai Daerah Paitan.

Paitan merupakan daerah pedalaman di Sabah yang terletak lebih 230 kilometer arah Timur Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan