KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-sembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana disyaki terlibat rasuah.
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman terhadap empat individu itu dikeluarkan di Mahkamah Putrajaya oleh Majistret Irza Zulaikha pada Jumaat lepas.
“Reman lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini,” menurutnya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16a Akta SPRM.
"Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial