MELAKA, 11 Nov -- Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan yang dimasukkan ke Hospital Besar Melaka sejak Ahad lepas akibat jangkitan COVID-19, kini dalam keadaan stabil, dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Anaknya Norhalis, 35, ketika dihubungi berkata bapanya mula batuk-batuk Ahad lepas dan membuat ujian pengesanan di sebuah hospital swasta sebelum disahkan positif, dan dia disyaki mendapat jangkitan itu dari anggota keluarganya.
"Doktor ada menghubungi saya semalam menyatakan bahawa walaupun bacaan oksigennya masih rendah, tetapi dia stabil," katanya.
Sehubungan itu beliau dengan rendah hati memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhan bapanya dan membacakan Yassin Syifa untuknya.
Semalam beberapa media melaporkan Abdul Ghafaar berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di ICU Hospital Melaka akibat COVID-19.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial