AM

Pesara Polis Ditemukan Mati Di Pantai Labuan

11/04/2024 09:52 PM

LABUAN, 11 April (Bernama) -- Seorang pesara polis berusia 53 tahun dari Sarawak ditemukan meninggal dunia di pantai berhampiran Sea Sport Complex.

Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada 7.05 pagi oleh orang awam. 

Ketua Polis Labuan Supt. Mohd Hamizi Halim dalam kenyataan hari ini berkata mayat mangsa ditemukan tertiarap di pantai dan berdasarkan siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh badan mangsa. 

Hamizi berkata mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan pesara berkenaan bersama keluarganya tiba di Labuan pada 12.30 tengah hari pada raya pertama (10 April) dan menginap di sebuah hotel di pusat bandar.

“Pesara itu dilaporkan keluar kira-kira pukul 3 pagi dan kehilangannya disedari keluarganya pada sebelah pagi. Puas keluarganya mencari di sekitar kawasan hotel malah di Hospital Labuan tetapi gagal,” katanya. 

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan