Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk mengakhiri minggu ini lebih tinggi, menjejaki prestasi kukuh minyak kacang soya, menurut penganalisis.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan berterusan mengenai pertumbuhan keluaran yang perlahan di samping jangkaan paras stok yang rendah di negara ini, memberikan sokongan kepada harga MSM.
“Kami melihat paras sokongan pada RM4,500 satu tan dan rintangan pada RM4,700 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutupan dagangan, kontrak Mac 2025 meningkat RM33 kepada RM4,729 satu tan, April 2025 menambah RM41 kepada RM4,645 satu tan dan Mei 2025 naik RM43 kepada RM4,554 satu tan.
Sementara itu, Jun 2025 naik RM42 kepada RM4,455 satu tan, Julai 2025 naik RM37 kepada RM4,364 satu tan, dan Ogos 2025 menambah RM35 kepada RM4,302 satu tan.
Jumlah dagangan merosot kepada 76,860 lot daripada 89,684 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 241,330 kontrak berbanding 239,333 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan meningkat RM20 kepada RM4,800 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial