AM > BERITA

TMM2024: MELAKA TERIMA 12.32 JUTA PELANCONG SEHINGGA OKTOBER

11/12/2024 12:44 PM

MELAKA, 11 Dis (Bernama) -- Melaka menerima kehadiran 12.32 juta pelancong sejak Januari hingga Oktober lalu, sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 9.43 juta adalah pelancong domestik dan 2.98 juta pelancong antarabangsa.

"Mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan buat semua pelancong dan pengunjung kerana menjadi sebahagian daripada 12,325,264 juta orang yang mengunjungi Melaka bermula dari Januari hingga Oktober lalu sempena TMM2024.

"Saya yakin dan percaya, Melaka berada di landasan tepat untuk menarik lebih ramai pelancong sehingga hujung tahun ini, sekali gus membawa isyarat yang sektor pelancongan sudah kembali pulih. Ini masanya untuk kita membawa "dunia ke negeri Melaka!"," katanya menerusi Facebook rasminya.

Ab Rauf sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri merangka lebih 70 program dan sambutan berskala besar bagi memeriahkan sambutan TMM2024.

Ia juga merupakan sebahagian daripada persediaan Melaka untuk menjadi tuan rumah bagi Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) yang akan diadakan di negeri tersebut pada September tahun depan.

Sektor pelancongan khususnya, di Melaka sebelum ini terjejas teruk susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan