AM > BERITA

DEWAN NEGARA LULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2025

12/12/2024 07:04 PM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali  Basah ketika mempengerusikan sementara persidangan hari ini.

RUU itu diluluskan setelah melalui enam hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 4 Disember lepas bagi setiap kementerian terlibat.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2025 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober melibatkan peruntukan sebanyak RM421 bilion merupakan belanjawan terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Belanjawan itu menumpukan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan