KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata di Sabah, ia melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu dan Beaufort.
Beliau berkata bagi Pantai Barat, kawasan yang terlibat adalah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud selain Kudat.
Amaran sama turut melibatkan Labuan.
Semalam, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi kawasan Kuala Penyu dan Beaufort.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial